CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 April 2009

~ Happy Belated Birthday AIN ~

Happy Birthday..to you...
Happy Birthday..to you...
Happy Birthday..Happy Birthday
Happy Birthday...to AIN...
(eh lain skit lak lagu nih)


I wonder why I can't write comment on my student's blog. So, the final way I'm thinking is by writing in my own blog! Huuu...malas nak fikir banyak dah. hehe..

Anyway, this is my special words to AIN (hope she'll read this), my beloved student. Yesterday (29 April) was her birthday but this bad, bad mama didn't wished her at all. Owh.. so sorry dear. I was too busy with my work sampai aku lupa hari spesel anak murid sendiri.. Maafkan saya ye Ain.. dah la takde adiah, lupa plak tu.. (dush! dush! kick me! hiyah! hiyahh!!)

Okla Ain..Happy Belated Birthday dear. May Allah bless you always..May all your wishes come true..jadila orang yang akan menjadi harapan agama, bangsa dan negara. wuuhuuuu...

26 April 2009

Berita pagi ini

========================================================

Najib tinjau Puduraya, Jalan Tuanku Abdul Rahman

KUALA LUMPUR 25 April – Tiga minggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandar raya, Perdana Menteri hari ini melakukan satu lagi kejutan berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Hentian Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu-lintas.

Beliau kurang senang dengan kesesakan itu dan ketidakcekapan kemudahan awam semasa melakukan tinjauan selama sejam, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Najib, yang berpakaian kasual berkemeja warna perang dan seluar berwarna kuning air, tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat Semua House pada 3.20 petang, diiringi oleh Raja Nong Chik, timbalannya, Datuk M. Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Di Jalan TAR, yang terkenal dengan kedai-kedai tekstil dan barang kemas, Najib diberi taklimat oleh Ahmad Fuad mengenai cadangan tempat meletak kenderaan bertingkat berhampiran Semua House dan beberapa rancangan menaik taraf lain di situ.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit berjalan di sepanjang lorong berkenaan sambil berhenti berbual dengan peniaga dan orang ramai.

Perdana Menteri kemudiannya menaiki perkhidmatan LRT yang penuh sesak ketika itu. Beliau terpaksa berdiri dari stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat sebelum berjalan kaki ke Hentian Bas Puduraya yang juga sesak.

Najib turut berhenti di salah sebuah gerai di bangunan itu bagi mendapatkan minuman sejuk.

Beliau yang diiringi pegawainya, menarik perhatian orang ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengan Perdana Menteri.

Seorang wanita yang ternampak kelibat Najib lantas memboloskan diri di tengah-tengah kumpulan orang ramai sambil berteriak: “Saya mahu ambil gambar Perdana Menteri saya”.

Najib kemudian bergerak untuk memeriksa bangunan projek Plaza Rakyat yang lama terbengkalai di sebelah Puduraya sebelum berlepas balik pada 4.25 petang.

Raja Nong Chik berkata, Perdana Menteri menyatakan pandangan berat tentang kurangnya fasiliti dan kesesakan di tempat-tempat tertentu dan mahukan penambahbaikan dilakukan segera.

“Beliau mengalami sendiri, dengan berjalan kaki dan menaiki LRT bersama orang ramai, apa yang mereka terpaksa lalui setiap hari, seperti kesesakan dan pelbagai kesulitan lain, di kawasan sesak.

“Beliau berkata masalah seumpama itu bukan petanda baik buat negara kita yang berusaha menjadi negara maju menjelang 2020.

“Beliau telah mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan kementerian lain yang berkaitan menentukan kemudahan berkenaan dipertingkatkan demi faedah orang ramai,” katanya.

Mengenai projek Plaza Rakyat, Raja Nong Chik berkata, Najib mahu pemaju diberi kata dua untuk menyiapkannya.

“Perdana Menteri mahukan kami memberikan had masa kepada pemaju menyiapkan projek itu. Jika mereka tidak dapat mematuhinya, kami akan tamatkan kontrak dan cari jalan lain,’’ ujarnya.

“Beliau mahukan projek itu dijalankan semula secepat mungkin,” kata Raja Nong Chik.

Projek, yang pada mulanya menelan kos RM1.2 bilion itu telah diabaikan selama 12 tahun selepas ia bertukar tangan beberapa kali. Pemaju sekarang ialah Global Upline.

Plaza Rakyat dirancang mempunyai tiga bangunan - 79 tingkat, 49 tingkat dan 21 tingkat untuk ruang pejabat, kondominium dan sebuah hotel murah.

Mengenai rancangan menaik taraf kemudahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan di Jalan TAR, Ahmad Fuad berkata, projek itu ialah tempat letak kereta bertingkat yang sudahpun bermula.

“Ia bangunan 13 tingkat dan dianggarkan menelan kos RM50 juta. Ia akan menempatkan tempat letak kereta bertingkat, pusat penjaja dan peniaga, dewan pelbagai guna dan ruang pejabat,” jelasnya.

– BERNAMA

===================================================================

Alhamdulillah akhirnya nampak juga perubahan yang akan dibuat kat Pudu especially Plaza Rakyat tuh. Tah bila nak wat tataula tapi bila dah ada orang besar yang jenguk sendiri tempat tu aku kira akan ada penyelesaian tak lama lagi. Bertahun-tahun aku berangan supaya tempat tu siap. Penah gak berangan untuk beli dan majukan balik tempat tu. hahah (berangan tak hengat memang terer). Disebabkan kegagalan kontraktor masa tu untuk menyiapkan projek sebab kegawatan ekonomi tahun 90-an (kalo tak silap aku la..), lom ada lagi kontraktor lain yang berani majukan tempat tu. Yela...sapa nak tanggung kos berganda-ganda akibat terbengkalai dan at last, baru pagi ni aku baca berita tentang Pudu a.k.a. Plaza Rakyat nii... Rupa2nya dah ada kontraktor yang amik alih tapi lom wat pape lagi. Huh!

Lama betul since zaman aku dok merayap kat KL dari skolah rendah sampaila sekarang (kire sebelum aku merayap dolu2 tu pon dah memang camtu gak rasenye) lalu lintas tak penah tak sesak. Sesak je manjang! Kadang2 cian kat pemandu2 yang hari2 lalu kat situ, tabah jer mengharungi sesak di pusat bandaraya tu. Aku yang sekali dua drive kat area situ pon rasa tensen tahap gaban. Bila tengok bangunan Plaza Rakyat tu (where it is an LRT Station) rase cam "eee...membazir tul kontraktor yang wat keje tuh! dah buat separuh jalan pastu tinggal.." Ngok btul manusia yang hanya mementingkan keuntungan saje tanpa memikirkan kesannya pada orang lain. Lama tau...
12 tahun!! Selama aku pandai merayap kat KL tu la aku dok berfikir sapala yang akan selesaikan masalah ni, bila la jalan tu akan jadi besar & lancar balik cam zaman P. Ramlee dolu. (wah! ni cam dah lama sangat!) Apa nak jadi dengan bangunan Plaza Rakyat yang cam bangunan tinggal tuh...

Lepas ni nak tengok plak apa akan jadi kat bangunan tinggal yang dah berlumut dan jadi sarang sampah masyarakat tuh. Yes! Memang patut PM p tengok sendiri tempat tu, alami sendiri ketabahan yang dirasakan penduduk Malaysia kat area Pudu tu selama ini. Jangan sekadar tunjuk muka untuk meraih undi atau pon untuk kepentingan politik semata-mata

10 April 2009

Word for the day -> THANK YOU (Part 2)


Assalamualaikum. Menaip blog skali lagi since bape hari tak sempat nak jenguk2 langsung. huhu.. Kali ni nak say thanx to all who wished me on my birthday that day (bape haribulan kawan2????) Should I list them? I guess I just put it in my memory lah ye. hehehe..

Hurmm.. hadiah? (ada gak student Cik Ira yang tanya dapat ape) Ala.. malu la nak gitau.. Tapi ada la kan..yang boleh aku gitau adalah hadiah2 yang aku dapat tu sume special. Never thought in my mind I would received such presents. Well, after 4th April means i'm a year older now. A year older means so many things that I think I'm not in the mood of telling here. Takpe...dah safely save in My Document (ooooo....simpan dalam hati yerr). Nak tau tak? Ada satu pendapat (came from one of my friend but it kinda make sense) mengatakan, kalo birthday kita, bukan kita yang sepatutnya kene celebrate bagai nak rak tapi ibu kita. Sebabnya, ibu yang dah melahirkan kita on that memorable date. It does make sense, doesn't it?! Maka, pabila ibu call aku wish birthday, aku pon say thanx balik kat ibu sebab dah melahirkan aku pada waktu tu.. Pastu bleh plak ibu wat lawak, ish!

By the way, thanx to all; my Ibu, Abah, Kakdek, Munir, eerrrmmm..aaa, cousin, friends, students... with you guys I know that I still be remembered. Thanx a lot!!

03 April 2009

Word for the day -> THANK YOU (Part 1)

Satu pagi yang hening...

Student 2B : Cik Ira ade tak? Kami nak jumpa dia sat
Lecturer berkaitan: Iraaaaa..ni ade student nak jumpa
Cik Ira : Hah, nape sume nih?
Student 2B : Cik Ira..kami minta maaf...tak jadi nak wat jamuan harini.. Kite wat next week bleh tak?
Cik Ira : Hmm..yeke..takpela kalo camtu next week je la
Student 2B : Cik Ira tak bz ke?
Cik Ira : Tak bz kott... kalo bz pon saya akan cuba lari sebab saya dah penat sangat asik bz je minggu ni
Student 2B : Ok...time kasih Cik Ira..next week yer
Cik Ira : Ok...

Di satu tengahari yang indah, pada hari yang sama di ofis....

Kak Hani : Ira, jom naik atas, ada meeting
Ira : Meeting? Meeting ape tengah2 hari buta nih?
Kak Hani : Jom la...sume orang dah naik tuu
Ira : Pape je la...

So dengan perasaan yang tahapehape (hehehe ade lerr..) aku pon ikut la naik atas.. Memule dah menghala ke bilik meeting tetibe Kak Hani wat u-turn p kat bilik Kenari 2. Aku nampak ada ramai kat dalam bilik masakan. Owh...ajak makan laksa upenye..tp..eehhh takkk!! Bukan bilik masakan. Ni haaa kat Kenari 2 niih.. So dengan tersenyum cam dah bleh agak (sori ye saya terer agak2 nih walopon terkena gak!) aku pon pulas tombol pintu Kenari 2 tu... bukak je pintu..

"Allah selamatkan kamuuu, Allah selamatkan kamuuu, Allah selamatkan Mama Ira (mama ke cik eh? aiseh..lupe plak) Allah selamatkan kamuuu..

Waaaahhhh, opocot, aaaaa, terkejut!! (aksi tekejut nii) Hahahaha.. Eh, sume lecturer pon ada dalam nih. Eeee pakat eh sume nih?! Adeh malunyee..sampai menggigil tangan nak potong kek. Nak bagi ucapan pon tesekat-sekat. Anak2 mama wat surprise besday party untuk mama rupenye. Sangat nakal yer. Tipu mama! Takpe...takpe..mama pon bole buli korang gak. hehehe.. Tapi alih2 aku plak kene buli balik. Tak aci sungguh.

Nah ni aktiviti sepanjang party yang sempat aku hengat:
  1. Nyanyi lagu Allah selamatkan kamu
  2. Wat wish & thanks
  3. Potong kek
  4. Amik makanan dan makan
  5. Bagi adiah
  6. Aku suap Twisties kat sume anak (no one telepas! miahahaha)
  7. Depa nyanyi lagu Menjaga Hati kat aku!!! (i'm touched)
  8. Depa soh aku nyanyi balik. Aishh geram nih
  9. Amik2 gamba
  10. Sembang2
  11. Kemas2
  12. Abihhh.....
Akhir kata, time kasih to all my students & kawan2 yang menjayakan party tu. Aku sangat terharu. Sampai cani skali surprisenye. Adeh, no word can best describe how i'm thankful to everyone. Tapi yang nyata..ANAK2 MAMA SUME PAKAT TIPU MAMA!!!!

(Cerita ini telah diolah semula dan ditambah monosodium glutamat untuk menyedapkan jalan cerita. Tidak ada kene-mengena dengan makcik kantin atau pihak polis. Hah lagi satu, gambaq2 tunggu part 2 yeh! Sekian)