Wednesday, November 4, 2009

Buah Hatiku Abang Orang

Rutin harian: bangun pagi, gi keje, balik keje, bukak pintu pagar, parking kete, masuk umah & tgk motor canggih si dia..

Dah 3 bulan lebih aku x jumpa dia. Rinduuuu... rindu sgt2!! Tiap2 hari menghitung hari bile la dia nak balik sini lg. bile la bole jumpa dia. Teringat saat2 indah aku bersama dia, naik kete sama2, tgk tv sama2, berebut makan pisang, main kejar2.. byk lg la! Tp harini penantian aku berakhir. Rinduku terubat jua. Sonoknye!!


Aunty gembira bersama Afif


Ni la buah hatiku (selamba declare walopon dia mgkin x rela) yg selama ni aku rindukan. hikhik. Afif!!! Aunty Ira dtg ni... meh cini nak cayang cikit. Igt aunty Ira lg x? hihih. Aunty yg sonok lebih senanye.. Namun kini, Afif tidak lg kesorangan. Die dh ade peneman baru..


Ni la teman baru Afif. Afifah namenye..


Kesimpulannya... kini Afif dah jd abg org!!!!

Thursday, October 15, 2009

"Masih banyak yg perlu dipelajari"

Salam di pagi Khamis.

Tibe2 la terpikir pasal ayat ni sebelum dtg opis pagi ni. Biasanya ayat2 mcm ni dtgnya dari org yg berjaya dlm hidup tak kira la dalam bidang pape pon. Aku nak fokus kat warga pendidik yg dah jd guru besar umpamanya. Ala.. salu baca ni kat dalam majalah. Aku nak cuba selami skit perasaan dia bila org kata dia dah berjaya sampai ke tahap sekarang.

Kalo nak berjaya mesti mula dari bawahkan? Lepas tu usaha usaha dan usaha lagi sampai berjaya. Bila dah berjaya org lain akan mengangkat martabatnya dan mengiktirafnya sebagai org yg telah berjaya. Pada luarannya mmg org akan nmpk yg dia ni dah bagus..dah sempurna..tp dalamannya dia je la yg tahu. Betapa susahnya, mencabarnya, penatnya nak mengajar anak bangsa sehingga berjaya tambah2 lg budak2 zaman skrg. Dugaannya MasyaAllah..

Kekadang aku terpikir, napa bila org puji2 cikgu yg dh berjaya ni, dia dgn humblenya ckp byk lg yg perlu dipelajari, diperbaiki..As for me as well, (cewah, perasan!) mmg kekadang terasa cam dh berjaya tp mmg btul perasaan x puas ati, rasa x sempurna, masih byk yg perlu dipelajari tu masih ada.

Kesimpulannya jadila mcm gelas yg x penuh2. Tuang air dlm gelas pastu org minum. Bile air dlm gelas dah abih tuang lg air & begitu la seterusnya. jgn sekali-kali jd gelas yg kosong atau gelas yg penuh.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

tenenee..nenene...(bunyik muzik kat kad raya). ni sebagai latar belakang ucapan yg aku nk wat.

* Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Beraya kepada semua pembaca blog & sekelian umat2 Islam di luar sana yg x jemu2 wat kuih raya hatta di opis sekalipun. Mohon ampun & maaf, salah & silap, duit raya & kueh raya dr hujung rambut hingga hujung kaki. Moga umur masih panjang utk merasai Ramadhan thn akan datang. InsyaAllah *

Sambil dok wat ketupat (bukan mengumpat), kuih raya, marukku, baju raya dsb, marilah kita menyaksikan satu sketsa alih suara. Sekadar menghibur..



video

Monday, September 7, 2009

Ko Main Serbu je yek?!

Satu hari Rabu yg aman damai tetibe telah diserang dua org agen Bank R****** (nama sebenar dirahsiakan sbb kesian!). Tgh sebok2 prepare untuk kelas pagi tu tetibe 2 mamat ni masuk bilik PSH & terus serang aku. Eee.. apahal plak dtg kat aku nih...rupe2nya nak promote kad kredit. Arrghhh..tak suka! aku dah cakap takmo tapi org tu berkeras nak soh aku tolong dia. "You isi sajela..you tak mao nnt after six month nanti you hantar surat utk terminate. You tolong I cukupkan kuota, bg I dapat komisen saja..". WTH!!! Apahal plak aku nak kene tolong ko?! Kata aku dalam hati. So aku cakapla TAKNAK. Tp org tu degil gak so dia keluarkan lg free gift utk tarik perhatian aku. EE...cane aku nak lari nih. Nak print sheet utk student kang telambat lak masuk kelas. Akibat terlalu geram & dah tak tau cane nak halau makhluk tu aku pon isi la.. Isi ape jer pon..sign dokumen die je. Bukan 1 tp banyak!! Aku tnye la nape banyak sangat ni, rupa2nya aku telah apply untuk several banks! Eeeiii... *^$^#@% tul la.. nak wat cane, nasik dah jadi bubur ayam. Tp lom sempat jadi bubur nanti taula aku nak wat ape. Tunggula kad2 kredit tu sampai nanti. Tak sampai 6 bulan aku akan terminate! warrghh..marah sungguh! Nak tengok ape yg die bagi?? haa.. ni dia


Ada set manicure, multi-function laser pointer & jam tangan. (org len dpt dua item, aku dpt 3. kuikuikui.. =P)


Tuesday, August 11, 2009

Just enjoy the day _Eira

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Well.. actually there's notin i'm gonna story here. It's juz that I feel bored so I fulfilled my time by surfing for graphics, softwares, widgets, learning Macintosh (caused me headache with the OS!), designed sumting a little, bla..bla..bla.. So... here's the last thing I did ----->



Ok..I'm goin home!

Friday, July 31, 2009

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

Dah lama x menulis & kali ni mesti tulis.

Pagi 29 Julai 2009. Masa ni aku ade kelas dari 8.15am sampai 1.30pm. Aku di sini mengajar sampai sakit tekak tapi dalam masa yang sama berlaku lak kejadian lain di tempat lain. Camtula life kita sebagai hamba Allah di mana-mana saja. Lps abih kelas aku pon kembali ke meja dan bukak emel & ape2 saje untuk update. Baca punya baca sekali terbaca satu status dari kawan aku "Innalillahi wainnailaihi rojiun. Sedekahkan al-fatihah buat Nurzihanie bt Shafiee (Nozy) yang telah meninggal dunia pagi ni..." (sumting like this la). tersentap kejap & aku baca status ni berulangkali sampaila kawan aku kat P2i mengesahkan berita ni & dia citer la skit cane leh berlaku..

Aku : Salam kakak. Bile arwah meninggal?
Kakak : Salam. pagi ni on the way nak g kerja.
Aku : Arwah meninggal sebab ape?
Kakak : Eksiden kete langgar pokok, terbakar & meletop. Cian.. anak dia baru 10 bulan..
Aku : Ya Allah..yeke..dah ajal die kan kak..arwah keje mana ek?
Kakak : sebelah blok p2i

Selain tu rupa2nya ada member P2i yang call tp aku x jawab sebab ada kelas & ada yg hntr sms bgtau pasal ni. Allah... lemahnye bile tau berita ni..terasa cepat btul arwah pegi. Aku mmg dh lama x jmpa arwah since aku benti keje kat P2i & sambung blaja & keje kat Kulim. Slalu tgk update dalam friendster je. Namun begitu, aku tak penah lupa rupa arwah, cara arwah, gaya arwah.. Nozy; seorg kwn yg byk ckp, peramah sgt, selambe je. Senang nak get along dgn dia. Tp.. aku dah x sempat jumpa arwah lagi. Arwah meninggal dunia pada umur muda..27 tahun. Dah ajal kan? Sapa yg mampu menolak.. Marila sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Berita tentang kemalangan arwah ada dalam blog2 rakan (Mr_Rizal , ~ a WaLk To RemEmBeR ^ ~) & paper metro. Amikla iktibar & sentiasalah kita persiapkan diri kita..

Buat Nozy,
Selamat tinggal teman. Semoga Nozy tenang di alam sana. Kite sentiasa sedekahkan Al-Fatihah utk Nozy..



Tuesday, May 19, 2009

Di'TAG' kah aku?! -by Anie

1. Bekas kekasih saya adalah
~ Bekas air

2. Saya sedang mendengar
~ Lagu Because of You kat Era.fm tp ni dah stuck pulakk... kaco betul!

3. Mungkin saya patut
~ Refresh Era Capsules ni kot sebab lagu x kuar2 lagi nih!

4. Saya suka beli
~ Kuih kole kacang. Kuih kegemaranku.. huhu

5. Sahabat-sahabat baik
~ Cliche --> sume yg mengenali aku adalah sahabat2 baik aku. Jgn penah terdetik skit pon
untuk mempunyai musuh yeh!

6. Saya tak paham
~ Nape ada org asik suke salahkan orang lain jer. Ape, salah die sendiri tak nampak ke ha?!
Tensen kami ni kat sini tau!

7. Saya kehilangan
~ Idea untuk menyiapkan buku program. kikikiki

8. Ramai yang berkata
~ You ni tinggila..macam model. hahahaha =P

9. Makna nama
~ Nur Zahirah = Yang Berseri

10. Cinta itu adalah
~ Anugerah Allah yang sangat indah & tak ternilai harganya

11. Di suatu tempat
~ Di meja aku nih, aku tgh tengok kiri dan kanan, cari mana lalat durjana yang dok lalu lalang
dpn aku! Pap! haaaa...hamik ko. Mati lg sekor!

12. Saya akan
~ Amik cuti rehat lagi hujung bulan ni!!! hahahaha (sehari je pon =P)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
~ Hmm... syurga yg kekal abadi..?

14. Telefon bimbit saya
~ E66

5. Bila saya terjaga dari tidur
~ Bukak mata la pastu tengok jam dinding dalam gelap

16. Saya paling meluat apabila orang
~ sama ngan no. 6

17. Pesta/Parti adalah
~ Pesta Pulau Pinang =P / Parti... ish..

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
~ Anak kucing kat blakang umah. Maaf sbb tak dapat tolong kak shima tolong sekor anak
kucing jatuh dlm longkang tu.. Uwaaaa!!!!!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
~ 20-an. Especially time blaja kat U. Selekeh tapi sonok gak. haha

20. Hari ini
~ Patutnya aku kene gi UUM nih tapi nape cam malas nak pegi nih...

21. Malam ini saya akan
~ Masak lauk sardin kalo rajin. hihih

22. Esok pula saya akan
~ Gi klinik gigi kot...dah kronik nih!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...
~ Amik toner letak kat kapas, sapu kat muka, pastu amik foundation lak, pastu boh bedak

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan paling best ialah
~ Kedai runcit Ban You dekat ngan umah

26. Makanan Barat atau Jepun
~ Barat. McD tu kire barat la kan?

27. Bilik yang terang atau gelap
~ Terang ketika nak wat keje ke ape ke, gelap time nak tido. Tp tido dlm terang pon tade hal

28. Makanan segera adalah menggemukkan
~ Tak ah! Mengurangkan bilangan rambut aku jer!

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
~ Kuih keria saya beli tadi ada dua. haa amikla

____________________________________________________________________
Mari menge'tag' orang2 ini:

  1. Cam biasala minah nih. Kak Hani
  2. Kakak ini juga. Kak Suba
  3. Tak lupa juga Cik Fatheem
  4. Nak tag jugak Anees
  5. Terbaru En. Koro Koro
  6. Sume student sem 1 & sem 2 & anak2 mama. Cepat!