CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 September 2010

Walimatul Urus *sticky mode*

Pak pak gebung gebung gebung...(bunyi kompang tak bertauliah)


Maka dgn ini, saya ~Cik Pocahontas~ & ~Acid Koro-koro~ ingin menjemput keluarga / kenalan / saudara-saudari ke majlis perkahwinan kami seperti berikut (",)(^_^)

Jemputan Cik Poca [click to enlarge]

Jemputan Acik Koro-koro [click to enlarge]

p/s: ni kad yg di'scan' sendirik. company kad ni janji nak emel softcopy tapi janji tinggal janji. huh!

26 September 2010

Kisah Poca dan Si Buta

Harini hari emo ok.. Hamik ko, nak sgt balik sendiri setelah diperkenankan secara x rela oleh si tunang, aku abih RM16.50 dari Putrajaya - KL Sentral - KTM lama. Kalo dihantarkan pree aje. Kan dah ckp, harini emo. Sampai KTM lama pon dah sipi2 masa bas bertolak. Sepanjang naik teksi dr KL Sentral ke KTM tu best je kene bebel ngan drebar teksi sbb bole lengah2 lg dah tau bas jln 4.30. "Sula biasela uncle.. tiap2 mgu balik punyee.."

Dalam bas, dok seat ikut suka sbb tumpang je. Bas tu nak ke Sg Petani (SP), org nak ke Kulim pon kena naik skali. Bas Kulim rosak. Org depan aku ni bising btul. Ckp tepon kalo bole nak bg 1 bas dgr. Marah tau! dahla tgh emo. hehe. Tak kuar dr sempadan Selangor lg aku dah lena. Sedar2 bas benti kat Spg Pulai. Org depan aku ni lena btul tido. Bas dah benti dkt 30 minit br dia sedar. Bgn2 trus tanya amoi seat dpn, "Kak, bwh ada jual apa?". Amoi ckp ada petronas saje. Org dpn aku pon bgn menuju je tangga bas. Sblm tu aku nmpk dia kuarkan tongkat. Ya Allah, dia buta rupanya. Driver bas yg baik hati, pimpin dia ke toilet, bli makanan & naik bas blk. Smbg perjalanan, aku menangis weh, tak henti2. Satu, sbb marahkan sore dia cam speaker td, kedua, sbb dia buta. Tgk! sikalang pon sula menangis.

Dia sgt berdikari. Kekurangan dia tak dijadikan sempadan utk dia jalani hidp mcm biasa. Bole naik bas dari Kuantan ke KL & sambung lak KL ke SP. Mcm mana aku tau? Nantikan episod seterusnya.. (mcmla ko ade penonton setia cam citer Adamaya kat TV3 tuh! kakaka)

p/s: kenape sambung di episod akan dtg? sbb aku dah takleh tahan air mata ni lagiiiii... laju mcm ujan lebat

08 September 2010

Ucapan Tahunan

Ya Allah... sebenarnya aku rindu sgt dgn Ramadhan. Kalo bole jgn pegi tp apakan daya, sapalah kita melainkan hamba Allah yg kerdil. Jd apa yg bole kita wat, manfaatkan Ramadhan btul2 di samping tak tinggal tanggungjawab setiap detik. Bersyukurla kita masih sempat merasa Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah.. (suke tau emo2 cani. macik tersentuh!)

Jumaat, 10 September 2010 dah masuk 1 Syawal. Jadi...tamatla tempoh kita berpuasa sebulan (yg x cukup tu sila la pandai ganti.. termasukla aku. hehe) Maka, aku pon nak wat ucapan jugak

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN*

kepada semua yg mengenali aku. Jomla kita sama2 hindarkan diri drp membuat kesilapan lagi dan lagi. Selamat balik kampung ye sume, selamat beraya =)

30 August 2010

31 Ogos 2010 ~ MERDEKA!!

Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri. Lebih hujan batu di negeri sendiri. Yaaa...Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia. Negara bertuah yg ada berbilang bangsa, terlindung drp bencana alam yg dahsyat, berada di kedudukan geografi yg strategik, Islam yg merdeka, dan lain-lain.

31 Ogos 1957. Sampai ke hari ni dah 53 tahun kita merdeka. Syukur Alhamdulillah... Kalo tgk balik sejarah org2 yg berjuang utk kemerdekaan, menitis air mata tau. Org time tu je yg tau & rasa kesengsaraan, susah payahnya nak menuntut hak kita kembali. Mereka la wira. Kita cuma penyambung warisan. Dah, xmo cakap byk2. Aku lebih suka nak mengucapkan

SELAMAT HARI MERDEKA!!!

Tag tentang nama samaran

Mekaceh sbb mengabadikan nama daku utk tag kalian. Tu la.. jarang2 hapdet & blogwalking pon ada jugak tp lebih byk jd silent reader. Cheq malu nak tinggal jejak (bole eh cmtu?). Semoga lepas ni network fren akan berkembang sekembang2nya..

Nama samaran yang anda paling suka dalam hidup anda dan kenapa?

Kak Long ~ ni biase la.. nama panggilan utk family & saudara-mara & jiran kat Cheras dulu. drp yg kecik sampaila yg ke veteran sume panggil Kak Long. tp ada isu gak panggil Kak Long ni tp x igt dari sapa sbb bg die, die lebih tua dr aku tp kene panggil aku Kak Long gak. ish...

Irah ~ ni panggilan masa kecik2 dulu. aku ada sorang cousin yg mmg rapat dgn dia sampai skrg. dulu everytime cuti wajib balik bercuti ke umah dia kat penang. family dia la dok panggil aku Irah jd melekatla nama ni di kalangan saudara-mara belah ibu

Kawan Kite ~ haaaa yg ni spesel skit. masih lg berkait dgn nama Irah. disebabkan aku ni dok KL, jadi diorg ubah lak dari Irah jadi Kawan Kite.. kikiki. melekat la jap nama ni masa kecik2

Zaherah ~ ni panggilan arwah tok pada aku. macik aku yg jaga tok pon kekadang panggil aku Zaherah gak

Ire ~ yg ni puncanya cousin aku gak. Kak Ani. kakak kpd close cousin aku. bebaru ni je nama samaran ni berkumandang & melekat sampai skrg. sumenye dtg dr keluarga belah penang ni

Zahirah ~ ni panggilan masa skolah rendah + skolah menengah kat Cheras. sejuk je dgr org panggil nama ni. nape eh? sbb suka kot org panggil nama penuh. hehe

Ira ~ yg ni panggilan dari skolah teknik sampaila skrg. pendek skit kot nak sebut. dah terbiasa dgn nama skrg, bila address nama Ira dgn kwn2 skolah lama diorg blur. Ira mane lak nih?? hahaha. kdg2 tu Ira spelled as Eira pon ada. tak kisahla janji bunyi sama

Boleh berikan pendapat ikhlas yang ringkas tapi padat tentang blog yang tag award ini pada anda:

Sebenarnya ada 2 org yg tag haku dgn tajuk yg sama nih. Kira leh promote dua2 la. suke..suke..
  1. Kakak Nurul --<@ Kakak Nurul adalah x-opismet aku kat Cyberjaya dolu. sampai skrg mmg rindu kt kwn2 opis sana. Aku mmg kagum dgn semangat kakak melalui blog dia sbb penuh dgn info & citer menarik. kadang2 baca sampai tergelak. dan paling aku kagum bila kakak dah ada kedai online sendiri jual barang2 baby. sgt berguna
  2. Kakak Daisy --<@ Kakak Daisy pon adalah x-opismet aku gak. dolu igtkan akak garang tau sbb nampak mcm jarang senyum. hehe. tapi bila dah kenal baru tau. tak kenal maka x cinta kan? blog Kak Daisy ni penuh dgn citer masyarakat. mcm cerekarama. ekekeke. aku paling suka baca info sbb bg aku, org yg byk bg info ni adalah org yg byk membaca
Haaaa.. ni part yg best. Mengetag kawan2. Jaga2 Cik Salmah..

Takayun Ayu
Acun
Fathiyah
Helmiyani

24 August 2010

Buat malu je

Hahahaha... mana taknye. Tadi ustaz dok memfotostat resepi chicken chop. Alang2 tu trus la bertanya tentang kuih sagu (jauh no bercerita; dari ayam ke kuih. kuikuikui). Ustaz ni Ketua Jabatan aku.. kepakaran dia adalah wat sagu berkuah. Ala.. sebenarnya kacis jer tapi nak soh orang terer cam aku ni buat alamat tak masak ler. Nak citer pasal sagu berkuah dulu la. Sagu ni dimasak macam biasa (orang terer masak tau ler kan), pastu ada santan & ada kuah gula melaka. Nak makan dia ala2 makan cendol la. Chop!! Sebab santan la segalanya bermula...

~Perbualan bersama ustaz dan Kak Liza~

Poca: nyok (kelapa dalam bahasa utara) dia nak kene masak ke ustaz?
Ustaz: xyah.. kalo saya suka yg xyah masak tapi isteri saya suka yg masak
Poca: nak masak sagu tu mcmana?
Kak Liza: ala...mcm kuih sagu tu yang boh nyok kot atas dia tu.. ala mcm kuih kasui la..
Ustaz: haa tp yg tu kita masak boh gula sume kan, yg ni x payah boh gula. Haah mcm kuih kasui. saya kalo masak kuih kasui saya akan boh kicap manis. kicap tu la yg menggantikan gula..
Poca: kuih kasui?? (garu idung yang x gatal). Kak, kuih kasui tu mcmana?
Kak Liza: Ala..mcm kuih lompang la.. tp kuih lompang kita boh nyok skit jer
Poca: ....

Err.. nampak sangat aku tak tau rupa kuih2 nih. Satu sebab jarang makan, lagi satu sebab tak bape minat sangat sebab jarang makan.

Wahai Poca, macam ni la rupa kuih kasui

(credit to yullina kamarudin's photo)

Buat malu je la aku nih.. hahahahaha

12 August 2010

Ramadhan datang lagi



...Walaupun dah masuk hari yg ke-2. Marilah kita sama2 memanfaatkan bulan yg mulia ni dgn sebaiknya. Insyaallah

04 August 2010

Tudung Syria DIY

Kali ni aku berjaya hasilkan satu tudung Syria sendiri. Suke..sukee!! Last week pegi jalan2 kat Tesco, Giant cari barang. Barang ape? Xmo ingat lagi. Cukupla skali tu je kesilapan yg aku dah wat. Jadikan pengajaran seumur hidup ::zip mulut & jari ;p:: sesekali tu mata ternampak kedai Nagoya, ada sale plak tuh. Macik tak teragak weh, macik masuk je. Niat bukanla nak bli kain nak wat baju since macik x pandai pilih2 kain, jahit pandai. Haha. Maka macik pon pegila carik kain jersey tu.. ala kain yg org dok pakai skrg tu.. macik pon tgk2la yg mana berkenan di samping harga berpatutan. Sekali tgk satu meter RM11.84. Bior btul. Itu after less 20% tuh. Macik amikkk… dan lepas ni bermula la episod berangan+imagine cane nak ukur, nak potong kain tu nak wat tudung Syria..

Ok, let the piccas talk..

Material utama kain jersey 1m (bidang 60). Ni bule dapat 2 tudung kalo nak wat yg tak besar sgt tp masih menutup dada. Tapi utk org yg badan lebih besar lg elok amik 1m suku & ke atas (ikut keselesaan)

Sebenarnya macik wat ikut suka ati je. Amik ukuran ikut besar tudung yg macik selesa. Yg penting besar & tutup dada macik yg kurus nih

Mcm ni la ghope (rupa sebut dgn loghat Perak) lps dah potong kain

Macik pon jahitla bahagian tgh yg kat dada tu dgn mesin jahit Singer 8280 milik macik... (jahit tepi tu kat kedai)

Jeng3.. ni la hasilnye (tak termasuk inner tau). Tudung syria macik dah siap.. (macik malas btul nak edit gamba)

Ok, macik ada dapat tempahan nih. 2 helai nak disiapkan. Kawan tu mintak wat besa punye. Adios~

13 July 2010

Baju pilihan Pocahontas

Haaaa... kali ni aku nak bla..bla.. pasal minat aku yg ke berapa aku pon tak tau. B.I.S.N.E.S. Ala.. suka2 nak berkongsi. Aku sebenarnya ada la skit koleksi blaus2 cotton ni. Mungkin aku tak mengikut selera semasa tapi aku tau, keinginan kita berbeza. Sbb tu aku berani menampilkan...



Tadaa...!!! Ala blaus biasa je kan. hehe. Tapi, ini pilihan aku utk dikongsi. Apa yg terpapar adalah taste aku, pada mata aku nmpk ayu sgt kalo dipakai.

Description:
  1. free size
  2. new item tau. bukan pre-owned =)
  3. warna putih corak sweet purple
  4. pjg dari bahu ke bwh: 31 1/2 inci
  5. bhgn pinggang: 18 inci (kalo ukurlilit jadi 36 inci ler)
  6. pjg tgn: 20 inci (3 suku <- bukan gile tau. haha)
  7. harga... : RM35 (termasuk pos)
Ok ni je yg sempat utk masa ni. Lps ni tambah lg. Kalo suka ke, nak beli ke, nak tanya ke... pintu komen sentiasa terbuka ye

12 July 2010

Aku yg dilupakan

Waduuuhhh... mengapa sih mesti merasakan perasaan ini?? One of my old colleague fren got married but I was not invited to their wedding!! Padahal dekat seyy... Taiping je pon. Penat je kan kita je yg ingat kat org tapi org x ingat kat kita langsung? Bukan tak kenal or tak baik ok.. kami bertegur sapa! The other colleague fren pon mmg dah lama takmo kawan ngan aku. We never had a fight or what so ever. Maybe masa tu aku diperlukan jadi kene kawan. Now dah takde kepentingan so aku bleh blah. Inila cabaran dunia realiti. Honestly, I really enjoyed working there. So much fun & laugh. We were so close. And I remember how they treated me on my last day working there. They made a farewell party for me with KFC & cake. They created a frame with all of us in the picture. I really missed them. However this is what I get in return. Sedih giler kot.. even someone close to me (who really close to them) also didn't tell me. Terima la hakikat, hang dah dilupakan <-- kata cousin aku

p/s: Pocahontas, jangan wat mcm ni kat orang

The Power of Neighbour

Di suatu petang yg bertarikh 8 Julai 2010 (Khamis), aku balik keje.. masuk umah jer aku terdengar "miaow..miaoww...". Dlm hati aku "sudah! mesti jadi lg ni." Aku ke dapur. Mtk housemate buka pintu belakang dan sah...anak kucing jatuh lagi dalam lubang saluran air umah. Aduuuhhh....gawat nih. Kata housemate, dari hari Rabu dah dgr bunyi kucing tu tp dia xtau. Housemate baru... sbb tu xtau. Dahla lubang tu dalam, gelap, sempit. Mcmana aku nak tolong lg ni. Sblm ni dah 4 kali jadi cani. Sbbnya lubang kat blkg tu xde penutup. Penutup dah dicuri, maklumla... besi. Jadi, letakla penutup sementara. Mmg sementara jela, lama2 reput & jatuh ke dlm & membuka ruang bahaya semula.

Hari berganti hari, nak mandi, buang air, basuh baju, nak tido, basuh pinggan, sume dgn rasa bersalah yg teramat sbb air tu mengalir ke lubang tmpt anak kucing tu jatuh. Bukan x cuba, tp dah tolong stakat yg mampu. Ikat dawai kat kayu panjang, masukkan dlm lubang tu dgn harapan anak kucing tersangkut kat dawai & bole tarik naik atas. Tapi xleh gak. Aku xmo jadi pembunuh. Uwaaaa...!!!

Tibe2, di mlm sabtu, aku terdengar ada bising2 kat belakang. Dalam hati aku berdoa supaya ada insan yg dgr jeritan anak kucing tu. Syukur Alhamdulillah, sangkaan aku tepat. Rupanya jiran aku dok potong jaring nak masukkan dlm lubang tu supaya anak kucing tu bole panjat naik. Memula dia xmo naik sbb takut. Pastu jiran bagi idea soh simbah air bagi mengalir dlm lubang tu dgn harapan anak kucing lari naik atas. Yola.. kucingkan takut air. Mmg sungguh anak kucing tu kelam kabut panjat jaring. Hahaha. Lawak, lawak gak tp simpati. Klu aku berada dlm situasi anak kucing tu, ape aku nak buat?? Menjerit mtk tlg, ketakutan, kesejukan, kelaparan. Rasanya mmg menunggu masa nak mati je klu xde org tolong. Yela, bila badan dah lemah lama2 hanyut ke longkang besar..



Ni la serba ringkas keadaan lubang kat belakang umah aku nih. Memula anak kucing ni main2 kat no. 1 lps tu tergolek jatuh ke dlm kat no. 2. Dalam lubang ni.. aku tak sanggup bayangkan keadaan anak kucing tu yg beberapa hari terperangkap dlm tu =(

Syukur Alhamdulillah, jiran aku selamatkan anak kucing tu. Pastu dia bagi lak jaring yg lebih utk tutup lubang bahaya tu. Selamatla.. aku pun tak jadi pembunuh kucing

30 June 2010

.M.A.R.A.H.

Eeee... marahnye!!! bencinye!!! x sukee!!! Itu la perasaan yg aku rasa dalam minggu ni. Manenye tak marah, aku tak kaco org tibe2 org lain yg kaco aku. Kalo ikut ati rasa cam nak jerit blk kat org tu. Tp bila pk blk, kalo aku marah, dia akan sakit ati. Aku lg la tambah sakit ati kalo tgk muka org tu. Nnt tgk muka adik bradik, mak pak, sedara mara dia sume jadi benci. Pendek kata, marah hanya memudaratkan.

Dari Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah yg bermaksud:

“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tapi...kenapa mesti marah?
  1. Teman 'baik' ko libatkan ko dlm masalah yg dia carik sendiri sampai mak pak dia sume carik ko. Kalo aku, aku marah x?
  2. Anak buah ko pinjam kasut ko, pakai plak time main tenteng dalam ujan, dah kotor2 camtu trus nak pulangkan tanpa basuh dulu. Kalo aku, aku marah x?
  3. Adik ko minum milo yg ko beli kat McD tanpa rasa bersalah padahal dia tak order set pon. Kalo aku, aku marah x?
  4. Teman 'baik' ko sakit tgh2 mlm tapi dia lebih rela call org lain yg duduknya jauh berminit-minit tu utk anta p klinik/spital daripada ketuk bilik ko yg seblah pintu je. Kalo aku, aku marah x?
  5. Member2 kat Alamanda sume tanya, "eh, btul ke teman 'baik' ko masuk spital??" Hah, nape aku tak tau pon ni?! Mane korang tau? "yeke...bf dia sms kite awal pg td kata anta gf (teman 'baik') dia p spital. Badan panas katenye..". Kalo aku, aku marah x?
  6. Ko amik cuti telebih sehari pastu sms je kat bos kata smbg cuti. Eh, tu bos yg marah aku sbb tak call bgtau dia la. hehehe
Kesimpulannya aku kena la sabar.. marah ni tiada kesudahannya. Kata Rasulullah, lebih baik berdiam daripada melayan pertanyaan org bodoh (org yg x bole bertoleransi). Jadi aku kena muhasabah diri..

08 June 2010

Waaarrgghhh!!!!

Nape ni? nape tetibe ngamuk ni? huuuu ='(.. cermin tingkap kete aku pecah berkecai.. ni sume org mesin rumput tu punya angkara. Parking depan opis pon belum tentu selamat dan mmg dah terbukti kurang selamat sejak sekian lama. Dari kes kecurian motor student ke kes pak guard langgar kete staf kat tempat parking hinggalah giliran kete aku jadi mangsa tukang mesin rumput. Byk lg la kes yg x larat nak gtau sebenarnya. Aku hanya sedar masa nak balik keje. sebelum tu aku xde kat opis sbb meeting di luar kwsn. Nak setel harini tak sempat jadi sok pagi aku akan menjalankan operasi.



Apa perasaan aku bila tgk babyV ku jadi cani..



Retak seribu tapi syukurla ada tinted



Terpaksala buang kan..kalo tak cane aku nak balik umah??

Ops, sok student2 aku nak wat jamuan tengahari sempena dah nak grad. Tapi aku kena setelkan cermin ni dulu.. *Hmm...kalo saya x sempat nak join, awak sume teruskan jela ye...*

05 June 2010

Mula la nak hangin nih

Harini satu hari mmg mood nak berkerut jer. Sbnrnya bukan hari ni tapi khamis lepas (3 Jun). hehe. Adala satu masalah yg biarlah rahsia tu yg menyebabkan aku tak happy sepanjang hari. Tu dah satu. Lps tu tmbh plak dgn masalah kat opis yang betul2 wat aku hangin. Ada satu job kat opis yg dah lama dijalankan dgn satu company ni. Alih2 org atasan (kalo dia blah dari situ mmg kitorg wat kenduri kesyukuran! <- ni mmg tahap tak bisa tahan dah) bole bagi company kesyangan dia plak amik job tuh bebaru nih. So jd clash supplier la cmtuh. Pegila ngadap beliau soh cancelkan dgn supplier baru. Lps tu plak mtk beliau turun jmpa supplier asal sbb diorg nak pasang carta organisasi baru. Tak pasal2 beliau soh cabut balik soh ubah boh tmpt lain sbb kat situ die nak letak pigeonhole. Dah clash pulak dgn arahan asal dr KJ.. KJ pon mmg pening ngan beliau tuh apatah lg kitorg ni. Maka berlaku la perbalahan pertama secara halus antara aku ngn beliau. Perbalahan kedua: 2 event yg clash (x abih2 pasal clash). Kursus & sukan pelajar. Sama tarikh tapi dua2 boh nama aku. Tp sbnrnya kursus tu assigned utk pegawai A ATAU pegawai B. Ape lg, naik atas blk ngadap bos mohon pertimbangan bagila org lain pegi. Pegi jela weh.. untung ape.. bleh cukupkan 7 hari berkursus ko. Yes! Permohonan diluluskan tp beliau ni nak merungut kat aku jugak. Apahal??? P la marah org yg dok bg alasan mcm2 tu. Apsal? takut? ada kepentingan ke? Aku bagi reason beserta bukti kukuh ye. Harap maklum!

19 May 2010

My 1st customer

Risau sungguh baju customer tak siap2 lagi. Nasib baik dia sgt memahami sampai sanggup bagi masa kat aku selama mana pon (xdela smpai setahun =P) untuk siapkan baju kurung dia since she is my 1st lovely customer. Well my fren, aku ni masih di peringkat latihan industri lagi. Kene wat depan cekgu dari mula sampai the last touch up. Bagus tak? Cikgu ni cukup jaga kualiti baju yg dijahit protege2 dia. Tapi cekgu plak, bukan hari2 bleh jumpa dia. Aku tunggu abih keje baru leh jumpa tu pon bukan hari2. Klu weekend blehla bagi full commitment. Tu pon kalo takde kursus, meeting jadah. Well... this is a part of my sewing path. There's still a long way to go. Aku sabar & aku blaja & aku tetap minat!! ngeee...

Ada satu benda yang aku teragak2 nak proceed ~ pesak, kekek & tangan dah siap. tinggal nak sambung badan je tp nak boh lace dulu. leher pon dah siap tebuk cume....bleh ke siapkan leher sampai habis dulu baru sambung badan eh?

p/s: agak2 lepas kawen dapat lagi ke aku blaja menjahit baju ek?

13 April 2010

Tengok sana, simpan sini

Sluurrrrpppp... hmmm cedapnye hirup Coke Lite BERAIS Acid. Ala.. cikit jer. Well, I know myself that I don't drink ice tak kirela siang ke malam ke panas ke sejuk ke. Aku suka mineral water & air suam je. hehe. Bila amik cuti panjang skit maka langkah pon pjg skit la kan.

Balik KL khamis haritu naik bas. Aku perati je passangers & people around. Mmg sonok tgk gelagat org & wat interpretation sendiri. Hati terpikat pada 2 penumpang nih. Indians, a mother & son. So sweet..Suka tgk when the son waited for his mother to step out from the bus to kedai makan. In my head "waahhh manjanye budak laki dgn mak dia nih. Sure anak mak". Well everybody is anak emak for sure but the term i used here refers to anak lelaki yg rapat betul ngan mak dia. Yela.. lelaki kan macho, cam nak tunjuk kewl je all the way kan tapi bila dgn mak, the world are theirs.

Ops its getting late & I have my own agenda after this ------> sewing!!!

05 April 2010

Akhirnya... (part 2)

Akhirnya... hari itu tiba jua... sekali lagi aku dpt menyambut hari 4 April, menghirup udara, melihat dunia dgn izin Allah. Alhamdulillah.. huaarrrgghhh tambah lagi setahun umo aku nih. Tp umo je eh.. jiwa masih sama. Dan seperti yg aku plan, harini aku pakai baju kebaya kuning yg aku wat sendiri tu.. 2 keseronokan berganda; satu sbb dpt menyambut besday lg satu sbb dpt pakai baju yg aku jahit sendiri. best x? best x? hehehe


Baju kuning aku - Kebaya buatan sendiri

Percaya x, mgkin 4 April kali ni adalah hari yg biasa bg aku. Xde pon rasa nak celebrate ke, nak kek ke, adiah ke, surprise ke.. mgkin sbb aku tinggal sorang di perantauan ni. Aku balik umah, masih ada insan2 yg ingat besday aku so x putus2 la bunyi msg kt hp tu. Ada yg tnye x celebrate ke? Erm...celebrate sorang2 je kt umah...

Kat opis pon x kurang hebatnye. Student2 aku siap nyanyi ramai2 lagu besday. Sem 1 ngan lagu besday nye, anak2 sem 4 dgn lagu Allah Selamatkan Kamu nye. Adeh.. sgt terharu + malu sbb dh bertambah umo. Kakakaka.. Tq u alls my shayang.

Last but not least, kpd Ibu, Abah, Kakdek & Munir, tunang ceq, pakcik, sepupu2, kwn2, time kasih sbb igt aku. Kalo bukan 4 April pon, hari2 kene igt jugak! ngehehehe

15 March 2010

Akhirnya...

Whoaa... jap2 nak sapu sawang2 nih. haccuum! tu la berhabuk sgt. Sbnrnya saja nak igt balik zaman tahun lepas especially time besday I. hihi. Masa tu tingat anak2 kelas bg adiah kain pasang kaler kuning. Diorg ni cam tau2 je aku minat menjahit & dalam diam2 kain tu pon dah siap jd baju. jeng3.. eh mane gmbar? xpela tunggu besday thn ni nnt I rasmikan. hahaha. Memandangkan aku dah bole jahit baju maka lps ni dah bole terima tempahan sape2 yg nak. cewah! ;)

06 February 2010

Dina Halim Bridal Boutique ONLINE CONTEST

Contest lagi?? Hihihi bila mood ada mcm2la nak wat kan. Jumpa lg 1 contest. Best gak nih =) Ok jgn buang masa jom kita wat review skit ttg Dina Halim Bridal Boutique nih.


Ni banner dia. Utk join contest ni copy banner & link kan ke blog Dina Halim

Jujurnya, sy baru saje mengenali butik Dina Halim ni. Tu la kuasa internetkan. Dunia tanpa sempadan. Tp, bak kata omputih, "Love at the 1st sight", serius, mmg sungguh aku pon terkedu tgk baju, pelamin, mekap & sume2 yg terdapat di sini. Sumenye menepati apa yg aku impikan. Lps tu ternampak plak Dina Halim anjurkan on9 contest, lg la aku sonok. Pesertanya dikhaskan kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini. Pertandingan dibuka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 22 Februari 2010 sebelum 12 malam (dipetik dari blog Dina Halim). Nak tau hadiah2 yg ditawarkan? Meh kita tgk skit.

**********
TEMPAT PERTAMA : Mini Pelamin untuk Tunang / Nikah *worth RM850.00*[tak termasuk kos penghantaran]
TEMPAT KEDUA : Sepasang baju Sanding Biasa L/P (lace) *worthRM700.00*TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Chiffon) *worth RM300.00*
SAGUHATI : TEMPAT KE-4 hingga KE-10 VOUCHER RM100.00 DINA HALIM*

***********

Bestkan? Jd apa tgu lg, jom kita mulakan!!






Memula kene letak gambar penulis blog dulu. Yela, kalo x cane Dina Halim nak kenal. Kan? kan? Ini la aku, Nur Zahirah bt. Mohd. Ghazali
~ Ira.









Ini plak tunang saya, Mohd. Aminurashid bin Ahmad Ramli ~ Acid. Kalo sy berdiri seblah dia nampak cam no 1 dan 0. haha. Jgn marah haa.. gurau jek



















Gmbr ni diambil sehari slps kami bertunang. Gmba ni la kot yg paling sy suka kerana latar blkgnye la. Kenape xde gmba tunang? Sbb time tu dia x datang sama.. =)


Mengapa SI DIA pilihan hati saya
....

Hmm...kalo nak dihitung perkenalan kami dah menjangkau lebih kurang 8 tahun dah. Kalo bayi baru lahir time tu, 8 tahun kemudian pon dah masuk darjah 2. Jadi sbnrnya banyaklah jugak pahit manis yg dah kami tempuhi sepanjang tempoh ni. Aku terlalu bersyukur dgn apa yg dah dikecapi hari ini. Kalo diberi pilihan utk kembali ke zaman dolu2, sudah aku tentu aku memilih tidak menoleh ke blkg lg. Takmo aku, serik!

Acid bukanlah cinta pertama atau cinta kedua tapi cinta ketiga aku. Aku frust slps dua kali dipermainkan. Masa tu physical appearance yg jadi ukuran hingga aku jd terlalu merendah diri. Sampaila satu masa tu aku nekad, kalo ada cinta lg slps ini aku takmo org bdn kurus lg. Doa aku dimakbulkan Allah, akhirnya dia yg menjadi pilihanku. Selama 8 tahun inilah aku & dia cuba menjaga hubungan ni agar tak berakhir walau apapun dugaan yg melanda.

Dari Genting Highlands ke Gunung Angsi, kemudian ke KLIA plak. Sume tu adalah kenangan mula2 dulu yg x akan dilupakan. Kita bertemu, bercinta, berpisah sementara, kemudian bertemu balik dlm keadaan yg lebih baik. Suka-duka dlm perhubungan inilah yg byk mematangkan kita. Setelah lebih kurang 2 thn terpisah akhirnya kita bersatu kembali dgn ikatan yg lebih bermakna pada 31 Oktober 2009. Alhamdulillah.. dan semoga akan lebih bermakna dgn ikatan pernikahan nanti. InsyaAllah 1 Oktober 2010 nanti akan termeterailah sebuah janji.. Awak, Saya x pandai nak mengungkap kata2 jiwang mahupun ayat2 cinta yg indah2. Apa yg sy harapkan semoga hubungan ini sentiasa dipelihara & diredhai-Nya. Sy sgt bangga sbb ada awk.

Persiapan sedang dibuat & mcm2la nak kene pikir, nak kene bajet sampaikan tema pon berubah-ubah. Akhirnya pihak lelaki dah sepakat wat tema kaler merah+putih, pihak aku plak....ermm... tema biru+putih. Aku impikan baju songket/lace kaler blue black, duduk kat pelamin dalam dewan kontemporari. Dimeriahkan dgn kehadiran keluarga, sanak-saudara & teman2 yg sentiasa happening.

04 February 2010

Friendship Contest

Waahh..bile keje sume dah siap (konon2nye la) mula la otak ni ligat nak wat/surf macam2. Tetibe jumpa plak blog yg menawarkan aktiviti menarik nih. Tadaa... FRIENDSHIP CONTEST!!! time kasih Cik Mar (new fren's blog) kerana membuka mata aku dgn lebih luas dlm dunia blogging nih.


syarat2 yang kne dipatuhi...hehe
  • gambar mestilah gambar korang dgn mmber2 korang.xkesah la brpe org pun tp jgn r smpai 1clas plak...hehe (nnti dh mcm classmate contest plak)
  • paling penting msti original ok,jgn copy kt tenet plak....klu nk edit2 pun suke ati la tp msti menampakkn "FRIENDSHIP" tu.
  • hah!!! lg 1 plz la letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan cik mar&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk.
  • pastu klu nk follow blog cik mar ni, follow la.tiada paksaan ok. tuk memudahkan korang tau keputusan & persaingannye nnti better r follow,senang nk tau any progress about this contest.
  • jz 1 picture je kay,kang terlalu rambang mata cik mar tuk memilih...hehehe

Tarikh Tutup : 10 FEBRUARI 2010



So let see if I got one --->



.......................................................................3




.......................................2



.................1





Bila 4 sekawan berjumpa, Spice Girls terusss...

05 January 2010

Ku mohon semuanya selamat

Pagi semalam Abah call. Ingatkan nak gtau ada benda tinggal kat umah ke ape tp sangkaan aku meleset. Rupanya abah call sebab nak gtau umah MakSu terbakar awal pagi 4 Jan 2010. Suara Abah pon cool je gtau. Cam masa arwah Tok meninggal dulu pon camtu gak. hehe. Ok2 sambung citer. Ya Allah...betapa tekejutnye aku. Sabtu 2 Jan kami baru jer sonok2 meraikan perkahwinan cousin aku kat Shah Alam. Tu la namanya takdir Allah, xde sapa mampu melawan.

Abah kata, isi2 dlm umah terbakar hangus takde satu pon yg boleh diselamatkan. Cuma satu je yg selamat, senaskhah Al-Quran. Tanda kebesaran Allah. hmm.. Alhamdulillah MakSu & Uncle Ipin selamat kuar dr umah. Tapi Jojo... =( Jojo anak bongsu MakSu melecur teruk & skrg dirawat di HKL. Syukur Jojo makin beransur pulih. Citer pasal kebakaran ni ada dalam Harian Metro. Gambar nanti la aku masukkan. Ada dlm memori hp.

Semoga MakSu sekeluarga tabah & redha dgn ujian ni. Utk Jojo, semoga cpt sembuh. Amin..