CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

19 May 2009

Di'TAG' kah aku?! -by Anie

1. Bekas kekasih saya adalah
~ Bekas air

2. Saya sedang mendengar
~ Lagu Because of You kat Era.fm tp ni dah stuck pulakk... kaco betul!

3. Mungkin saya patut
~ Refresh Era Capsules ni kot sebab lagu x kuar2 lagi nih!

4. Saya suka beli
~ Kuih kole kacang. Kuih kegemaranku.. huhu

5. Sahabat-sahabat baik
~ Cliche --> sume yg mengenali aku adalah sahabat2 baik aku. Jgn penah terdetik skit pon
untuk mempunyai musuh yeh!

6. Saya tak paham
~ Nape ada org asik suke salahkan orang lain jer. Ape, salah die sendiri tak nampak ke ha?!
Tensen kami ni kat sini tau!

7. Saya kehilangan
~ Idea untuk menyiapkan buku program. kikikiki

8. Ramai yang berkata
~ You ni tinggila..macam model. hahahaha =P

9. Makna nama
~ Nur Zahirah = Yang Berseri

10. Cinta itu adalah
~ Anugerah Allah yang sangat indah & tak ternilai harganya

11. Di suatu tempat
~ Di meja aku nih, aku tgh tengok kiri dan kanan, cari mana lalat durjana yang dok lalu lalang
dpn aku! Pap! haaaa...hamik ko. Mati lg sekor!

12. Saya akan
~ Amik cuti rehat lagi hujung bulan ni!!! hahahaha (sehari je pon =P)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
~ Hmm... syurga yg kekal abadi..?

14. Telefon bimbit saya
~ E66

5. Bila saya terjaga dari tidur
~ Bukak mata la pastu tengok jam dinding dalam gelap

16. Saya paling meluat apabila orang
~ sama ngan no. 6

17. Pesta/Parti adalah
~ Pesta Pulau Pinang =P / Parti... ish..

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
~ Anak kucing kat blakang umah. Maaf sbb tak dapat tolong kak shima tolong sekor anak
kucing jatuh dlm longkang tu.. Uwaaaa!!!!!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
~ 20-an. Especially time blaja kat U. Selekeh tapi sonok gak. haha

20. Hari ini
~ Patutnya aku kene gi UUM nih tapi nape cam malas nak pegi nih...

21. Malam ini saya akan
~ Masak lauk sardin kalo rajin. hihih

22. Esok pula saya akan
~ Gi klinik gigi kot...dah kronik nih!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...
~ Amik toner letak kat kapas, sapu kat muka, pastu amik foundation lak, pastu boh bedak

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan paling best ialah
~ Kedai runcit Ban You dekat ngan umah

26. Makanan Barat atau Jepun
~ Barat. McD tu kire barat la kan?

27. Bilik yang terang atau gelap
~ Terang ketika nak wat keje ke ape ke, gelap time nak tido. Tp tido dlm terang pon tade hal

28. Makanan segera adalah menggemukkan
~ Tak ah! Mengurangkan bilangan rambut aku jer!

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
~ Kuih keria saya beli tadi ada dua. haa amikla

____________________________________________________________________
Mari menge'tag' orang2 ini:
  1. Cam biasala minah nih. Kak Hani
  2. Kakak ini juga. Kak Suba
  3. Tak lupa juga Cik Fatheem
  4. Nak tag jugak Anees
  5. Terbaru En. Koro Koro
  6. Sume student sem 1 & sem 2 & anak2 mama. Cepat!

27 March 2009

Mari menge'tag'. Miahahaha

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
:: Benda2 bole tak? Pendrive, duit (no money, no life. stuju??), broadband (kalo kat umah) ::


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
:: Once again.. benda2 bole tak? Fresh milk, aiskrim
(tekak ku kesakitan..isk), Yakult, pisang ::


3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
:: Hermm... kat kampung. Sangat suka dengan rewang2 & kerjasama warga kampung ::


4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
:: Hopefully sampai bila2. Sapa yang takmo bahagia.. ::



5. Adakah anda dilamun cinta?
:: Cinta?? Ya...cinta abadi pada Yang Maha Esa. Yang lain serah pada ketentuanNya. huhu ::



6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
:: Mane ek? Haaa... kat kedai tomyam dekat ngan umah. Lepak ngan student2 badminton ::


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
:: Buku kosong cam diari. Kaler biru ::


8. Apakah nama penuh kamu?
:: Nur Zahirah binti Mohamad Ghazali ::


9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
:: Skang lebih senang ngan abah. Kalo ngan ibu suke nyakat. hehe ::


10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
:: Ntah lerr.. jumpela sape2 pon yang bole dijumpa ::


11. Christina atau Britney?
:: Dua2 pon takmo. Nyanyi lagu diorang maola. hehehe ::


12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
:: Yesssss!! Takde maknenye nak cuci pakaian orang lain =P ::


13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
:: Mekah. Insyaallah kalo diizinkan ::


14. Pelukan atau ciuman?
:: Aaaaa... pelukan ::


15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
:: Baru start tag daaa... nak describe sape je pon.. ::


16. 8 perkara yang amat saya gilai
:: Majalah Mingguan Wanita tapi tak baca2. hehehe
:: Saya gila Yakult
:: Blogging (aktiviti terbaru aku...kikiki)
:: Ngaco Kak Hani. ngahahaha
:: STITCH! (my bear2 bucuk) penuh wooo 1 family..
:: Gerik (Jalan Timur-Barat)
:: Melihat bangunan (cam jakun walopon seploh kali tengok bangunan yang sama)
:: Pyjamas... hehehe



17. 8 perkataan yang sering diucapkan
:: Kak Hani!!!! (konfem hari =P)
:: Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi/petang (dalam kelas)
:: Assalamualaikum, morninggg (dalam opis)
:: Waalaikumsalam.. (tiap2 pagi masuk keje)
:: Bengong (untuk insan2 terpilih jerr)
:: Sengal (masih untuk insan2 terpilih)
:: Hello..
:: Good morning



18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
:: Kalo masuk bahan bacaan selain buku gak bleh tak?
1. Mingguan Wanita (baru sat2 tadi)
2. Pengantin
3. Berita Harian
4. Ke Mana Hatimu? -novel
5. Applied Science Form 4 & Form 5
6. A Place Called Here -novel
7. Tutorial Word 2007 (i hate this!)
8. BLOGS! (memang tak paham soklan nih..)

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
:: Menjaga Hati -Yovie & Nuno
:: Hanya Kau Yang Mampu -Aizat
:: Dan Sebenarnya -Yuna
:: Luka -Dayang Nurfaizah
:: Warkah -Bau
:: Better In Time -Leona Lewis
:: Dua -KRU
:: Lagu raya



19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
:: Kene pandai menguruskan masa
:: Jangan bermain dengan api. Kelak membakar diri sendiri
:: Baik berahsia daripada bising2. Bahaya sangat!
:: Lebih mengenal erti kehidupan
:: Simpan duit untuk membina hidup seperti yang kita nak
:: Jangan berhutang
:: Uruskan duit dengan bijak
:: Menjahit (minaaaat sangat!)


20. Mari mengetag orang2 ini
:: Kak Hani
:: Kak Suba
:: Kakak Nurul (percubaan kali pertama. heheh)
:: Kak Connie