CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

06 February 2010

Dina Halim Bridal Boutique ONLINE CONTEST

Contest lagi?? Hihihi bila mood ada mcm2la nak wat kan. Jumpa lg 1 contest. Best gak nih =) Ok jgn buang masa jom kita wat review skit ttg Dina Halim Bridal Boutique nih.


Ni banner dia. Utk join contest ni copy banner & link kan ke blog Dina Halim

Jujurnya, sy baru saje mengenali butik Dina Halim ni. Tu la kuasa internetkan. Dunia tanpa sempadan. Tp, bak kata omputih, "Love at the 1st sight", serius, mmg sungguh aku pon terkedu tgk baju, pelamin, mekap & sume2 yg terdapat di sini. Sumenye menepati apa yg aku impikan. Lps tu ternampak plak Dina Halim anjurkan on9 contest, lg la aku sonok. Pesertanya dikhaskan kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini. Pertandingan dibuka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 22 Februari 2010 sebelum 12 malam (dipetik dari blog Dina Halim). Nak tau hadiah2 yg ditawarkan? Meh kita tgk skit.

**********
TEMPAT PERTAMA : Mini Pelamin untuk Tunang / Nikah *worth RM850.00*[tak termasuk kos penghantaran]
TEMPAT KEDUA : Sepasang baju Sanding Biasa L/P (lace) *worthRM700.00*TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Chiffon) *worth RM300.00*
SAGUHATI : TEMPAT KE-4 hingga KE-10 VOUCHER RM100.00 DINA HALIM*

***********

Bestkan? Jd apa tgu lg, jom kita mulakan!!






Memula kene letak gambar penulis blog dulu. Yela, kalo x cane Dina Halim nak kenal. Kan? kan? Ini la aku, Nur Zahirah bt. Mohd. Ghazali
~ Ira.









Ini plak tunang saya, Mohd. Aminurashid bin Ahmad Ramli ~ Acid. Kalo sy berdiri seblah dia nampak cam no 1 dan 0. haha. Jgn marah haa.. gurau jek



















Gmbr ni diambil sehari slps kami bertunang. Gmba ni la kot yg paling sy suka kerana latar blkgnye la. Kenape xde gmba tunang? Sbb time tu dia x datang sama.. =)


Mengapa SI DIA pilihan hati saya
....

Hmm...kalo nak dihitung perkenalan kami dah menjangkau lebih kurang 8 tahun dah. Kalo bayi baru lahir time tu, 8 tahun kemudian pon dah masuk darjah 2. Jadi sbnrnya banyaklah jugak pahit manis yg dah kami tempuhi sepanjang tempoh ni. Aku terlalu bersyukur dgn apa yg dah dikecapi hari ini. Kalo diberi pilihan utk kembali ke zaman dolu2, sudah aku tentu aku memilih tidak menoleh ke blkg lg. Takmo aku, serik!

Acid bukanlah cinta pertama atau cinta kedua tapi cinta ketiga aku. Aku frust slps dua kali dipermainkan. Masa tu physical appearance yg jadi ukuran hingga aku jd terlalu merendah diri. Sampaila satu masa tu aku nekad, kalo ada cinta lg slps ini aku takmo org bdn kurus lg. Doa aku dimakbulkan Allah, akhirnya dia yg menjadi pilihanku. Selama 8 tahun inilah aku & dia cuba menjaga hubungan ni agar tak berakhir walau apapun dugaan yg melanda.

Dari Genting Highlands ke Gunung Angsi, kemudian ke KLIA plak. Sume tu adalah kenangan mula2 dulu yg x akan dilupakan. Kita bertemu, bercinta, berpisah sementara, kemudian bertemu balik dlm keadaan yg lebih baik. Suka-duka dlm perhubungan inilah yg byk mematangkan kita. Setelah lebih kurang 2 thn terpisah akhirnya kita bersatu kembali dgn ikatan yg lebih bermakna pada 31 Oktober 2009. Alhamdulillah.. dan semoga akan lebih bermakna dgn ikatan pernikahan nanti. InsyaAllah 1 Oktober 2010 nanti akan termeterailah sebuah janji.. Awak, Saya x pandai nak mengungkap kata2 jiwang mahupun ayat2 cinta yg indah2. Apa yg sy harapkan semoga hubungan ini sentiasa dipelihara & diredhai-Nya. Sy sgt bangga sbb ada awk.

Persiapan sedang dibuat & mcm2la nak kene pikir, nak kene bajet sampaikan tema pon berubah-ubah. Akhirnya pihak lelaki dah sepakat wat tema kaler merah+putih, pihak aku plak....ermm... tema biru+putih. Aku impikan baju songket/lace kaler blue black, duduk kat pelamin dalam dewan kontemporari. Dimeriahkan dgn kehadiran keluarga, sanak-saudara & teman2 yg sentiasa happening.

04 February 2010

Friendship Contest

Waahh..bile keje sume dah siap (konon2nye la) mula la otak ni ligat nak wat/surf macam2. Tetibe jumpa plak blog yg menawarkan aktiviti menarik nih. Tadaa... FRIENDSHIP CONTEST!!! time kasih Cik Mar (new fren's blog) kerana membuka mata aku dgn lebih luas dlm dunia blogging nih.


syarat2 yang kne dipatuhi...hehe
  • gambar mestilah gambar korang dgn mmber2 korang.xkesah la brpe org pun tp jgn r smpai 1clas plak...hehe (nnti dh mcm classmate contest plak)
  • paling penting msti original ok,jgn copy kt tenet plak....klu nk edit2 pun suke ati la tp msti menampakkn "FRIENDSHIP" tu.
  • hah!!! lg 1 plz la letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan cik mar&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk.
  • pastu klu nk follow blog cik mar ni, follow la.tiada paksaan ok. tuk memudahkan korang tau keputusan & persaingannye nnti better r follow,senang nk tau any progress about this contest.
  • jz 1 picture je kay,kang terlalu rambang mata cik mar tuk memilih...hehehe

Tarikh Tutup : 10 FEBRUARI 2010



So let see if I got one --->



.......................................................................3




.......................................2



.................1





Bila 4 sekawan berjumpa, Spice Girls terusss...