CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 March 2009

Hurmm...sukan lagi..

Skali lagi untuk tahun ni, kejohanan sukan untuk kolej2 komuniti. Biase la, kalo tak kelam kabut tu bukan aku la namenye. Kalo cam tahun lepas hanya 3 hari berlatih, kali ni kira bernasib baik skitla sebab dapat berlatih dalam lebih kurang sebulan. Ni sume disebabkan kolej aku takde tempat yang luas untuk wat latihan. Yang ade cume rumah kedai kosong & tempat letak keta kat depan kolej. Mewah x kolej aku? hehe.

Sambung citer. Penyertaan dari kolej aku tak banyak sebab studentnya pon tak bape ramai. Orang yang main bola jaring, orang tu la yang nak main bola tampar, takraw, badminton, bowling...bla..bla.. Memang penuh semangat dak2 nih. Tapi dalam semangat tuh, ada yang semangat tulih nama je tapi tak semangat nak training. Rasa nak marah pon ada.
Aku bersemangat untuk menambah aktiviti diorang tapi diorang yang cam taknak ubah diri sendiri. Mungkin pendekatan aku tak betul kot...hemmm...Rugila kalo tak aktif sekarang.. nanti hari2 mendatang, umo dah makin meningkat, minat dah makin kurang, dah banyak lagi mende lain nak fikir. So, sekarangla masanya especially masa study. Boleh kembangkan minat, dapat pengalaman lagi. Best tau...

So, untuk student2 yang bagi komitmen terbaik, saye (eh tuka kata ganti diri plak) amat berbangga dengan awak sume. Semoga awak sume berjaya dalam sukan ni dan akan terus maju dalam hidup. Amin..

2 comments:

Nur hafizah said...

kami dh usaha yang terbaik,cik....
insyaallah next we will do the best....
thanks atas pengorbanan cik kpada kami...
maafkan sy kerna dh menghampakan cik... untuk bowling nanty sy akan cuba yg terbaik....
doakan saya yeeeee.......

P0cAhoNta$ said...

Awak semua tak mengecewakan. Since you've gave your full commitment, I am very proud of you all. Thank you =)