CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 March 2009

Appointment 2 April 2009

"Cik jangan lupa 2/4/09 ni yee..." macam tula lebih kurang kata budak2 SPP2B aku nih. hihihih. Baikla anak2 mak, mak tak lupa. Siap tulih dalam blog lagi nih. Cian kat hangpa, dah elok2 plan hari sabtu tetibe mak plak takleh bagi komitmen. Maklumlaa...bz jek. Penat sangat sampai muka pun cam takleh blah jer..huhu. Harap2 lepas ni keja aku bole diselesaikan dengan konsisten.

Tingat zaman2 keje kat company swasta dulu (miss you guys at P2i Online). Environment sangat best, kawan2 yang sangat best dan boss yang quite sporting tapi mana2 pon tak dapat lari dari politik (politik dalam opis jer..). Skarang dah keje dengan gomen pon best jugak..Alhamdulillah environment best walopon tempat kecik.. bersyukur la di mana pon aku berada. Niat aku yang utama nak sampaikan pengetahuan yang aku ada pada anak bangsa (memang cita2 aku) selain daripada menerima gaji tiap2 bulan untuk membina kehidupan yang aku mahukan.

Okla, ada meeting ngan Ketua Jabatan (KJ) plak nih. Minggu ni memang minggu yang amat memenatkan. Bulan ni tak penah lagi dapat menikmati cuti hujung minggu. uwaaaaa....!!!

27 March 2009

Mari menge'tag'. Miahahaha

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
:: Benda2 bole tak? Pendrive, duit (no money, no life. stuju??), broadband (kalo kat umah) ::


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
:: Once again.. benda2 bole tak? Fresh milk, aiskrim
(tekak ku kesakitan..isk), Yakult, pisang ::


3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
:: Hermm... kat kampung. Sangat suka dengan rewang2 & kerjasama warga kampung ::


4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
:: Hopefully sampai bila2. Sapa yang takmo bahagia.. ::



5. Adakah anda dilamun cinta?
:: Cinta?? Ya...cinta abadi pada Yang Maha Esa. Yang lain serah pada ketentuanNya. huhu ::



6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
:: Mane ek? Haaa... kat kedai tomyam dekat ngan umah. Lepak ngan student2 badminton ::


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
:: Buku kosong cam diari. Kaler biru ::


8. Apakah nama penuh kamu?
:: Nur Zahirah binti Mohamad Ghazali ::


9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
:: Skang lebih senang ngan abah. Kalo ngan ibu suke nyakat. hehe ::


10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
:: Ntah lerr.. jumpela sape2 pon yang bole dijumpa ::


11. Christina atau Britney?
:: Dua2 pon takmo. Nyanyi lagu diorang maola. hehehe ::


12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
:: Yesssss!! Takde maknenye nak cuci pakaian orang lain =P ::


13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
:: Mekah. Insyaallah kalo diizinkan ::


14. Pelukan atau ciuman?
:: Aaaaa... pelukan ::


15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
:: Baru start tag daaa... nak describe sape je pon.. ::


16. 8 perkara yang amat saya gilai
:: Majalah Mingguan Wanita tapi tak baca2. hehehe
:: Saya gila Yakult
:: Blogging (aktiviti terbaru aku...kikiki)
:: Ngaco Kak Hani. ngahahaha
:: STITCH! (my bear2 bucuk) penuh wooo 1 family..
:: Gerik (Jalan Timur-Barat)
:: Melihat bangunan (cam jakun walopon seploh kali tengok bangunan yang sama)
:: Pyjamas... hehehe



17. 8 perkataan yang sering diucapkan
:: Kak Hani!!!! (konfem hari =P)
:: Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi/petang (dalam kelas)
:: Assalamualaikum, morninggg (dalam opis)
:: Waalaikumsalam.. (tiap2 pagi masuk keje)
:: Bengong (untuk insan2 terpilih jerr)
:: Sengal (masih untuk insan2 terpilih)
:: Hello..
:: Good morning



18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
:: Kalo masuk bahan bacaan selain buku gak bleh tak?
1. Mingguan Wanita (baru sat2 tadi)
2. Pengantin
3. Berita Harian
4. Ke Mana Hatimu? -novel
5. Applied Science Form 4 & Form 5
6. A Place Called Here -novel
7. Tutorial Word 2007 (i hate this!)
8. BLOGS! (memang tak paham soklan nih..)

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
:: Menjaga Hati -Yovie & Nuno
:: Hanya Kau Yang Mampu -Aizat
:: Dan Sebenarnya -Yuna
:: Luka -Dayang Nurfaizah
:: Warkah -Bau
:: Better In Time -Leona Lewis
:: Dua -KRU
:: Lagu raya



19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
:: Kene pandai menguruskan masa
:: Jangan bermain dengan api. Kelak membakar diri sendiri
:: Baik berahsia daripada bising2. Bahaya sangat!
:: Lebih mengenal erti kehidupan
:: Simpan duit untuk membina hidup seperti yang kita nak
:: Jangan berhutang
:: Uruskan duit dengan bijak
:: Menjahit (minaaaat sangat!)


20. Mari mengetag orang2 ini
:: Kak Hani
:: Kak Suba
:: Kakak Nurul (percubaan kali pertama. heheh)
:: Kak Connie

23 March 2009

Sekali air bah, sekali pantai berubah

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Harini bermadah-madah, tetibe esok "Aik, dah jadi lain plak dah?!" Inilah lumrah bila kita bernama manusia. Makhluk yang paling sempurna sifatnya ni dikurniakan akal & nafsu untuk menilai baik dan buruk kehidupan. Kalo ikut logik pon, yang baik sebab ikut akal, yang jahat selalunya sebab ikut nafsu. Tapi... apa kene-mengenanya dengan citer blog yang sebenar nih?

Saya ada kawan. Kawan saya baik. Dia selalu membantu kawan2 lain yang dalam kesusahan. Dia juga sangat peramah. Saya suka kawan saya. Satu hari, saya sakit gigi. Kawan saya telah bawa saya ke klinik gigi. Doktor memberitahu gigi saya perlu dicabut. Saya sangat
takut tapi kawan saya selalu memberi semangat supaya saya jadi berani. Tapi saya belom pegi cabut gigi lagi. Saya suka kawan saya. Tapi kini...saya kehilangan kawan baik saya. Setelah dia pindah, dia mula berubah. Dia mempunyai kawan baru yang lebih cantik dari saya. Lagipun, kawan barunya tak sakit gigi macam saya. Dulu, dia selalu tanya saya dah makan ke belum. Kalo belum dia pasti datang bawak pegi makan. Sekarang tidak lagi. Dia masih lagi tanya dah makan ke belum tapi bila saya jawab belum, kawan saya hanya akan cakap "ala...ciannye..saya pon baru nak makan ni. satu hari tak makan langsung"... Saya sangat hampa. Hampa kerana kawan saya takmo kawan dengan saya lagi, bukan sebab dia tak bawak saya pegi makan. Walau bagaimanapun, saya tetap suka kawan saya. Sebab dia kawan saya dunia akhirat walaupun mungkin dia tak anggap saya kawan dia lagi...

Kawan, no matter how far you go, how hard you try to throw me away, i won't regret & i will never cry. Y? bcoz i can hardly cry (hehehe) & the most unforgettable thing is bcoz.. u'v gave me the chance to be your kawan, once..
TQ kawan =)

20 March 2009

Awas.. Gajah melintas!

18-20 Mac aku kene pegi meeting kat Kota Bharu (KB). Wah! 1st time nak jejak kaki kat Kelantan nih! I mean KB la.. 1 pengalaman baru. hari Khamis (17 Mac) kul 10.30 pagi. That was my shud-start-moving-bus time. Tapi tunggu punya tunggu, kul 11 lebih baru bas sampai. Skali sampai bas double-decker daa... Cam nak nangis pon ada tengok bas tu. Yela.. tak penah naik bas camtu. Memula ingatkan nak dok tingkat bawah jer tapi usha2 dah penuh lak...terpaksa gakla dengan berat ati naik tingkat atas. Dapatla seat 2nd blakang. huhu..

Setelah sabar menunggu, akhirnya bas pon gerak. N time tu gakla Kak Hani pon gerak balik opis.. Tq kak hani tolong anta n tunggu sampai saya naik bas. So bermulalah perjalanan ke KB dengan bas Shamisa ke Shamisha tah. Malas nak tengok tiket. hehe. Yang tak syoknye bas ni banyak btul benti. Skali benti dekat nak sejam agaknya. Tensen tul! Tapi nak wat cane. Aku masih lagi penumpang bas tu. Nak pegi tempat yang tak familiar lak tuh. Pastu blasah sorang2 aku jer. Pengalaman... Pastu dalam kul 12.30 tengahari, bas tu benti lagi (arrgghhh..benti lagi!!!) Kali ni benti kat simpang nak gi Kuala Rui. Kire dah dekat ngan jalan Timur-Barat. Kat Gerik sebenarnya nak gitau ni.. tak sangka plak kat sini jumpa En. Mohan (salah sorang pegawai yang kene gi meeting sama aku). Fuh, betapa leganya rasa rupanya aku tak keseorangan nak gi KB.

Sampai KB dalam kul 6, bas benti tepi jalan jer (malas nak citer bas tu benti lagi sebelum tu. Baling la, Pasir Mas la, hape la). Tak tau pon katne nak bli tiket balik. Turun2 bas memang cari En. Mohan je. Tak sangka plak bila turun bas, rupanya kami bertiga. Ngan En. Zul lagi sorang (dari Gerik). Then tunggu member lagi sorang. Jenam katanya. Dari Chenderoh. Dia mai bawak kete so tumpang dia sampai Sutera Inn Prima (tempat check in lerr..). Sampai2 dah bayar duit bilik RM240 untuk dua malam (1st time pakai credit card....mampuih haku! ampeh tul amik cash tak cukup!). Rupanya dapat satu bilik dengan the one and only female fren, Yan from Pasir Salak. And the day goes on...

Meeting ni rupe2nya bukan meeting tapi Kursus untuk Pegawai Sukan.. daaa...Pengerusi MASKOM pon ade. herrmm...not bad la pengisian dia. Aku tak mengantuk pon sepanjang kursus (marvellous!) Cane nak ngantuk..slot malam jumaat aku yang jadi MC! Ketaq gak memula sampai tak geti cakap. hehe. Lepas2 tu dah ok la skit2. Pengalaman...

Sepanjang kat KB ni aku tak jalan2 pon. Ade jalan2 pon pi teman Yan pi dobi, servis kete dan yang camtu2la. hehe. takpe...bukan aku ada mood nak shopping pon walaupon aku telepas Wakaf Che Yeh & Pasar Siti Khadijah.. (isk..isk..tah bila la dapat pi kelantan lagik) takpela.. janji aku dah dapat round2 kat bandar yang sibuk cam KL tuh! mungkin sebab cuti sekolah kot.. Haaa pasal balik, aku tumpang kete member dari Wilayah Utara gak. Member Bayan Baru. Sanusi namanya. Kitorang balik bertiga. En. Mohan sorang lagi. pastu konvoi dengan En. Din (Arau) dan Izwan (Langkawi). Konvoi tu cam tak konvoi sangatla..sebab En. Din bawak kete laju! Tapi benti sama2la.. kat Bukit Bunga skali pastu kat Hentian Gerik skali. pastu teruskan perjalanan sampai la depan KKKU...pastu balik Kak Shima amik..

Eh, abihtu apa kene mengena gajah melintas dengan blog nih?! sebenarnya nak citer ni kali kedua aku lalu Gerik, Jalan Timur-Barat tuu...aku sangat suka & layan blues ngan scenery sepanjang jalan tu. Membelah Banjaran Titiwangsa, banjaran terpanjang di Malaysia. Kagum ngan ciptaan Ilahi. Sepanjang jalan mengagumi ciptaanNya. Bukit2 ijau...cantik sangat! Tasik Banding kat Hutan Belum...airnya cantik & tasik tu luas sangat! Kalo bole nak lalu lagi jalan tu tapi bukan sebab nak gi pantai timur tapi sebab nak benti kat hentian atas banjaran tu, nak tenung puas2 keindahan alam ni. Best sangat2! N lagi satu sebab kagum, jalan raya tu bukan kenderaan je yang lalu tapi gajah pon lalu. hehehe. tak penah la plak terserempak ngan gajah since gajah2 tu only can be seen during nite. K lah panjang sangat melalut tak sedar dah 12.15am. pagi ni nak pegi Jiitra lak. tengok budak2 lawan badminton. Maklumlaaa...pegawai sukan... ;P

15 March 2009

Teraniaya, dianiaya atau menganiaya..?

Masih lagi tentang soal hati dan pendapat sendiri... Teraniaya, dianiaya atau menganiaya..? Sapa yang teraniaya, siapa plak yang dianiaya atau kita sendiri yang menganiaya? Ada dua blah pihak yang boleh ditafsir. Pihak kita dan pihak yang satu lagi.

Pihak kita
Penah tak terasa macam "oh, ciannye kat aku. sampai ati orang wat kat aku camni. takpela. satu hari nanti dia
(orang yang kononnya menganiaya) akan terima balasannya" ? Dan penah tak terfikir cani "padan muka ko! tula...dulu wat kat aku sekarang ko rase la plak!" ? Atau pon "napela orang sanggup wat kat aku cani..?" Persoalannya boleh ke kita anggap diri kita sendiri telah dianiaya atau teraniaya? Cane kite tau yang kite ni telah dianiaya sebenarnya?

Bagi aku la, kita rase teraniaya bila ada orang lain yang wat benda yang menyakitkan ati kita. Eg. tipu kite ke, janji ngan kita tapi slalu mungkir ke, wat kita cam kekasih gelap ke, and what so ever. Tapi bile fikir balik, sapa yang mula dulu mencipta sume nih? Bukan diri kite sendiri ke? Jadi nape kita masih kata diri kita teraniaya? Hemm... Nak salahkan orang lain yang wat kita jadi cani pon
(memang dia salah 99%!) takleh gak sebab kita pon bersalah. Ish, ntahla! Kesimpulannya, berbalik pada diri sendiri...tengok balik ape yang kite dah wat in the 1st place.

Pihak lagi satu
Kite melihat orang tu sebagai orang yang menganiaya, teraniaya dan dianiaya. Yang menganiaya tu jahat, yang dianiaya tu baik la..
(yela...dah dia yang kene) Orang yang menganiaya tu jahat sebab diala yang wat kite sakit ati, sedih, marah, geram, sume2la perasaan yang negatif. Kadang2 rase cam nak langgar je orang tu bagi cacat ke ape ke.. Astaghfirullahalazim...seb baik masih ada pegangan! Nape ek orang bole menganiaya? Dia takde perasaan belas kasihan cam kita ke? ape yang dia nak sebenarnya? Dia nak tengok kita menderita ke? Sonok ek wat orang susah camtu. Mungkin untuk kepuasan diri dia kot.. (ni cam dah terlalu lembut ati dah nih) As for yang dianiaya lak, ala ciannye... mesti orang tertanya-tanya nape la orang tu wat dia camtu, dia tu baik, lembut, memahami dan ape2 lagila yang baik2. Apa salah dia diperlakukan camtu? Hemm..ntahla...

Ape2pon, kalo aku nak letak diri aku dalam tempat orang yang dianiaya, aku kene fikir balik. Apa yang aku dah wat in the 1st place? Sape suruh main ngan api kalo dah tau akan membakar diri? Aku takut untuk menyalahkan orang lain. Sebab aku takde kat tempat orang tu. Tapi aku takut kalo aku dipersalahkan. Sebab aku tak tau cane nak betulkan keadaan. Hehe..

14 March 2009

Hurmm...sukan lagi..

Skali lagi untuk tahun ni, kejohanan sukan untuk kolej2 komuniti. Biase la, kalo tak kelam kabut tu bukan aku la namenye. Kalo cam tahun lepas hanya 3 hari berlatih, kali ni kira bernasib baik skitla sebab dapat berlatih dalam lebih kurang sebulan. Ni sume disebabkan kolej aku takde tempat yang luas untuk wat latihan. Yang ade cume rumah kedai kosong & tempat letak keta kat depan kolej. Mewah x kolej aku? hehe.

Sambung citer. Penyertaan dari kolej aku tak banyak sebab studentnya pon tak bape ramai. Orang yang main bola jaring, orang tu la yang nak main bola tampar, takraw, badminton, bowling...bla..bla.. Memang penuh semangat dak2 nih. Tapi dalam semangat tuh, ada yang semangat tulih nama je tapi tak semangat nak training. Rasa nak marah pon ada.
Aku bersemangat untuk menambah aktiviti diorang tapi diorang yang cam taknak ubah diri sendiri. Mungkin pendekatan aku tak betul kot...hemmm...Rugila kalo tak aktif sekarang.. nanti hari2 mendatang, umo dah makin meningkat, minat dah makin kurang, dah banyak lagi mende lain nak fikir. So, sekarangla masanya especially masa study. Boleh kembangkan minat, dapat pengalaman lagi. Best tau...

So, untuk student2 yang bagi komitmen terbaik, saye (eh tuka kata ganti diri plak) amat berbangga dengan awak sume. Semoga awak sume berjaya dalam sukan ni dan akan terus maju dalam hidup. Amin..

13 Mac 2009

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perkenalan untuk aku yang baru nak blogging & salam perkenalan wat para pembaca (kalo ade. hehe)

This is my 1st time blogging & it has been my cita-cita untuk berkongsi apa saja tentang kehidupan especially bout my life, of coz. Actually, aku takut sangat nak wat blog ni sebab fikir privasi aku akan hilang bile sume orang tau pasal life kita. Tapi lepas aku dah bace banyak2 blog, ditambah lak dengan keberanian untuk menegakkan hak diri aku sendiri, maka minda aku pon terbuka...

Okla, for this 1st time post, ni je la kot. Len kali ada masa sambung lagi.