CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 March 2009

Awas.. Gajah melintas!

18-20 Mac aku kene pegi meeting kat Kota Bharu (KB). Wah! 1st time nak jejak kaki kat Kelantan nih! I mean KB la.. 1 pengalaman baru. hari Khamis (17 Mac) kul 10.30 pagi. That was my shud-start-moving-bus time. Tapi tunggu punya tunggu, kul 11 lebih baru bas sampai. Skali sampai bas double-decker daa... Cam nak nangis pon ada tengok bas tu. Yela.. tak penah naik bas camtu. Memula ingatkan nak dok tingkat bawah jer tapi usha2 dah penuh lak...terpaksa gakla dengan berat ati naik tingkat atas. Dapatla seat 2nd blakang. huhu..

Setelah sabar menunggu, akhirnya bas pon gerak. N time tu gakla Kak Hani pon gerak balik opis.. Tq kak hani tolong anta n tunggu sampai saya naik bas. So bermulalah perjalanan ke KB dengan bas Shamisa ke Shamisha tah. Malas nak tengok tiket. hehe. Yang tak syoknye bas ni banyak btul benti. Skali benti dekat nak sejam agaknya. Tensen tul! Tapi nak wat cane. Aku masih lagi penumpang bas tu. Nak pegi tempat yang tak familiar lak tuh. Pastu blasah sorang2 aku jer. Pengalaman... Pastu dalam kul 12.30 tengahari, bas tu benti lagi (arrgghhh..benti lagi!!!) Kali ni benti kat simpang nak gi Kuala Rui. Kire dah dekat ngan jalan Timur-Barat. Kat Gerik sebenarnya nak gitau ni.. tak sangka plak kat sini jumpa En. Mohan (salah sorang pegawai yang kene gi meeting sama aku). Fuh, betapa leganya rasa rupanya aku tak keseorangan nak gi KB.

Sampai KB dalam kul 6, bas benti tepi jalan jer (malas nak citer bas tu benti lagi sebelum tu. Baling la, Pasir Mas la, hape la). Tak tau pon katne nak bli tiket balik. Turun2 bas memang cari En. Mohan je. Tak sangka plak bila turun bas, rupanya kami bertiga. Ngan En. Zul lagi sorang (dari Gerik). Then tunggu member lagi sorang. Jenam katanya. Dari Chenderoh. Dia mai bawak kete so tumpang dia sampai Sutera Inn Prima (tempat check in lerr..). Sampai2 dah bayar duit bilik RM240 untuk dua malam (1st time pakai credit card....mampuih haku! ampeh tul amik cash tak cukup!). Rupanya dapat satu bilik dengan the one and only female fren, Yan from Pasir Salak. And the day goes on...

Meeting ni rupe2nya bukan meeting tapi Kursus untuk Pegawai Sukan.. daaa...Pengerusi MASKOM pon ade. herrmm...not bad la pengisian dia. Aku tak mengantuk pon sepanjang kursus (marvellous!) Cane nak ngantuk..slot malam jumaat aku yang jadi MC! Ketaq gak memula sampai tak geti cakap. hehe. Lepas2 tu dah ok la skit2. Pengalaman...

Sepanjang kat KB ni aku tak jalan2 pon. Ade jalan2 pon pi teman Yan pi dobi, servis kete dan yang camtu2la. hehe. takpe...bukan aku ada mood nak shopping pon walaupon aku telepas Wakaf Che Yeh & Pasar Siti Khadijah.. (isk..isk..tah bila la dapat pi kelantan lagik) takpela.. janji aku dah dapat round2 kat bandar yang sibuk cam KL tuh! mungkin sebab cuti sekolah kot.. Haaa pasal balik, aku tumpang kete member dari Wilayah Utara gak. Member Bayan Baru. Sanusi namanya. Kitorang balik bertiga. En. Mohan sorang lagi. pastu konvoi dengan En. Din (Arau) dan Izwan (Langkawi). Konvoi tu cam tak konvoi sangatla..sebab En. Din bawak kete laju! Tapi benti sama2la.. kat Bukit Bunga skali pastu kat Hentian Gerik skali. pastu teruskan perjalanan sampai la depan KKKU...pastu balik Kak Shima amik..

Eh, abihtu apa kene mengena gajah melintas dengan blog nih?! sebenarnya nak citer ni kali kedua aku lalu Gerik, Jalan Timur-Barat tuu...aku sangat suka & layan blues ngan scenery sepanjang jalan tu. Membelah Banjaran Titiwangsa, banjaran terpanjang di Malaysia. Kagum ngan ciptaan Ilahi. Sepanjang jalan mengagumi ciptaanNya. Bukit2 ijau...cantik sangat! Tasik Banding kat Hutan Belum...airnya cantik & tasik tu luas sangat! Kalo bole nak lalu lagi jalan tu tapi bukan sebab nak gi pantai timur tapi sebab nak benti kat hentian atas banjaran tu, nak tenung puas2 keindahan alam ni. Best sangat2! N lagi satu sebab kagum, jalan raya tu bukan kenderaan je yang lalu tapi gajah pon lalu. hehehe. tak penah la plak terserempak ngan gajah since gajah2 tu only can be seen during nite. K lah panjang sangat melalut tak sedar dah 12.15am. pagi ni nak pegi Jiitra lak. tengok budak2 lawan badminton. Maklumlaaa...pegawai sukan... ;P

7 comments:

Zilda Faizal Ariffin said...

Kalau nak tengok gajah kena g atau balik dalam kul 7.30 atau kul 8 lebih la..... (ada pengalaman tengok gajah masa g Kelantan dulu)......

P0cAhoNta$ said...

Eeee...bestnye...!! Selalunya lalu situ (baru dua kali jer. haha) siang.. belum berpeluang lalu malam lagi..

Zilda Faizal Ariffin said...

nanti kita g kelantan ye cik ira bucuk cyg 2...... hehehe....

hafizah salleh said...

mama ni x aniz2 ngan gajah melintas.... nty jgn lupa tangkap gmbaq gajah melintas... leh saya tgk skali... hahaha

P0cAhoNta$ said...

To Fizah: kalo nak amik gamba gajah, search jer kat internet. haha

P0cAhoNta$ said...

To Zilda: Bila ada kelapangan, kita pegi yerr.. Wat kertas kerja cepat

Zilda Faizal Ariffin said...

ok umie cayang.... nnt kita g kelantan k.......